Cara nak semak kelayakan Takaful

Hari ni MIM nak ajar bagaimana nak semak kelayakan Takaful PA yang diberikan secara percuma oleh syarikat. Betul ke dapat? Caranya mudah.

  1. Log in ke Selfacrecare anda
  2. Di Dashboard, anda akan lihat kelayakan anda dinyatakan dengan jelas sama ada anda telah layak atau pun tidak. kalau YES tu maknanya dah layak la.

 

Bagaimana kelayakan dikira? Kelayakan anda di kita berdasarkan berikut. Untuk pengguna dan vendor kelayakan tidak sama ya. Sila baca betul betul.

Kelayakan bagi vendor:

  1.  Perlu sekurang-kurangnya 60 hari menjadi vendor
  2. Melanggan pelan My50.

Nota: Vendor P1 layak Takaful PA sebanyak RM5,000 manakala Vendor P15 layak Takaful PA  sebanyak RM20,000 serta tambahan RM2,000 untuk pengurusan jenazah.

Kelayakan bagi Pengguna:

  1.  Perlu sekurang-kurangnya 60 hari menjadi pengguna.
  2. Tambahnilai terkumpul sebulan tidak kurang RM50 atau melanggan pelan data bulanan HOT38 atau My50, mana-mana yang satu.

Nota: Pengguna layak Takaful PA sebanyak RM1,500.

Setiap vendor atau pengguna perlulah berumur antara 13-70 tahun. Senangkan? Pakai je dah layak Takaful PA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *