FAQ

Frequently Ask Question

Myprepaid adalah satu platform perniagaan yang sangat unik kerana ianya adalah kombinasi teknologi utama dalam alaf ke 21 ini. Sebagaimana yang kita maklum, telekomunikasi dan internet telah menjadi satu keperluan utama kepada kehidupan sekarang manakala network marketing adalah sistem franchise yang telah dipermudahkan bagi membolehkan setiap dari kita memiliki pernigaan sendiri manakala kami percaya transaksi secara micro payment bakal menjadi trend pembayaran bagi setiap transaksi pada masa hadapan. Maka sebab itulah kami gabungkan keempat-empat teknologi ini di bawah satu konsep perniagaan digital.

MyPrepaid mempunyai lebih dari 900 produk berbentuk digital. Kami juga mempunya Sistem Kredit Tambah Nilai untuk lebih 400 syarikat telekomunikasi di lebih 130 negara. Baucar digital barangan untuk digunakan di lebih 28,000 rangkaian kedai dan Farmasi, Sistem Bayaran Bil Utiliti dan Bayaran Insuran

MyPrepaid dibangunkan dan diedarkan oleh My International Mobile Sdn. Bhd. Sebuah syarikat milik penuh bumiputera. Kami merupakan penyedia rangkaian mudah alih yang memberikan perkhidmatan panggilan suara, SMS dan DATA yang dikuasakan oleh rangkaian FRiENDi mobile. Di Myprepaid, anda akan memiliki satu platform telekomunikasi perkongsian (Cloud Celco) yang membolehkan anda menjalankan perniagaan secara digital ke 130 negara lain di seluruh dunia.

Segalanya anda yang tentukan. Tiada had nilai yang tidak mampu anda perolehi. Pendapatan boleh diperolehi melalui keuntungan runcit apabila anda melakukan jualan produk digital, diskaun atas pembelian produk dan bonus apabila berlakunya perkembangan dalam rangkaian anda

Kami senantiasa berusaha untuk memberikan idea yang lebih segar dengan pendekatan yang berbeza untuk ahli-ahli kami. Maka sebab itu kami menjemput anda untuk meneliti dan memahami apa yang bakal kami tawarkan. MyPrepaid bukanlah satu perniagaan semata-mata tetapi MyPrepaid adalah sokongan, kerjasama dan impian.
Di MyPrepaid, kami percaya walaupun dengan modal dan pengalaman yang terhad, anda masih mampu menerokai sebuah perniagaan yang menguntungkan dan mengecapi kejayaan impian anda. Aset utama anda adalah diri anda sendiri. Anda hanya perlu melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat yang bakal kami berikan bagi membantu anda mengembangkan perniagaan anda.

My Prepaid adalah hasil usaha 3 usahawan iaitu: Datin Sri Dato’ Zalika Ahmad Selaku Pengerusi Eksekuti Dato’ Rozita Said Aziz Selaku Pengarah Eksekutif Mohd Fadilah Mat Said Founder / Ketua Pegawai Eksekutif

Waktu Operasi HQ MyPrepaid
Isnin- Jumaat
9.30 pagi – 5.30 petang

Business Opportunity Program
Setiap Jumaat
8.45 malam – 11.00 malam

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: TUTUP

Tinggalkan pesanan jika masih terdapat pertanyaan kepada kami: